The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
SOCCER SCHOOLS
Shop
Team Card
EN
MY
The Red Giants
HOME
NEWS
SQUAD
ABOUT
PARTNERS
TEAM CARD
WALL OF FANS
SHOP
TRACK ORDER
LOGIN
SELANGOR FC
NEWS AND UPDATES
News & Updates
›
Jelajah Pramusim Red Giants di Thailand
Jelajah Pramusim Red Giants di Thailand
Oct 10, 2019 - FAS
Pasukan Gergasi Merah kini sedang dalam perjalanan dan baru sahaja berlepas berangkat ke Thailand untuk jelajah pramusim bagi tahun 2019.
Selepas beberapa siri perlawanan percubaan dan ujian kecergasan di Malaysia dengan pasukan-pasukan tempatan, kali ini, Ketua Jurulatih pasukan mahu melihat sendiri corak permainan yang bakal ditunjukkan oleh pemain-pemain beliau menentang pasukan-pasukan luar.
Selangor dijadualkan untuk bertemu dengan 3 pasukan dari Thailand seperti berikut dan perlawanan-perlawanan ini akan dibawakan secara langsung di Facebook rasmi FA Selangor MY dan juga Blublack Arena.
14 Januari - MOF Customs United - 18:00PM (Thai Local Time)
15 Januari - Chonburi FC - 16:00PM (Thai Local Time)
17 Januari - Thai Honda FC - 18:00PM (Thai Local Time)
Ketika ditanya, Coach Satinanthan sempat berkongsi perspektif beliau tentang perlawanan pramusim sebelum ini yang sebenarnya adalah platform kepada 33 pemain-pemain bagi menunjukkan potensi dan skill masing-masing sebelum 24 atau 25 sahaja dibawa ke skuad liga.
Kemenangan bukanlah ukuran atau sandaran utama pasukan ketika pramusim kerana persediaan yang rapi dengan mengenal pasti pemain dan kelemahan yang ada dalam pasukan itu adalah lebih penting sebelum mengharungi cabaran sebenar di liga nanti.
Ini adalah perkara dan situasi yang sama bagi mana-mana pasukan terutamanya kelab-kelab besar di Eropah yang mengadakan perlawanan pramusim tertutup bagi memberi peluang kepada pemain-pemain terutamanya pemain percubaan dan pemain muda.
Meskipun begitu, kita sudah dapat melihat keserasian dan corak permainan yang semakin meyakinkan dalam perlawanan pramusim sebelum ini apabila Selangor berjaya menewaskan Juara Bertahan Selangor Champions League, Puchong Fuerza FC dengan 6 gol berbalas 0.
Kita akan tetap berharap serta terus mendoakan yang terbaik agar setiap perlawanan pramusim yang kita lalui hari ini akan memberikan impak yang positif semasa kempen sebenar 2019 bermula nanti.
←
Previous
Wajah Bola Selangor: Razlan Joffri
Next
PraMusim Review: Selangor v Puchong Fuerza FC
→
FA SELANGOR NEWS
Thank you #ClassOf2025/26
Read more
#YoungGiants - 2025/26 Liga A1 Semi-Pro Season Review
Read more
ACC Shopee Cup™ Match Review | Final (2) | Buriram United FC 2-1 Selangor FC | AGG: 3-1 | No Regrets
Read more
Match Preview ACC Shopee Cup™ | Final (2) | Buriram United FC vs Selangor FC | For Selangor!
Read more